Tuesday, November 29, 2011

Perlu ke LELAKI belanja AWEK?

Salam,

pewiittt,...awek cun da lalu, sekali tackle dapat jelingan, dua kali tackle dapat penampar, tiga kali tackle dapat penerajang kasih sayang.haha..mcm2 gaya sekarang adegan tackle men'tackle' berlaku kt negara kita.
tp ada jer yang tackle terus bg no telefon rumah,bimbit, pakej sekali ngan alamat rumah, memang untungla xpyh nk bazir-bazir tenaga jejaka.haha.

OK, berbalik pada tajuk entri td, perlu ker lelaki ni selalu belanja awek? memang perdebatan yang berpanjangan kalu di usul kan tajuk ni kat dewan parlimen. Korang rasa patut ke lelaki ni tiap kali keluar dengan awek atau perempuan kena hulur duit belanja?

                     Yg ni paling femes kot!

Bg aku sebagai lelaki,ini memang xpatut dan xperlu kot. tp kalau setahun sekali lelaki keluar zakat tabung belanja memang kire ok la sgt2.haha..Ni kalau da sehari 4 5 kali lelaki yg kener belanja mau si lelaki ni kejer terus kat kedai mkn 2! jd, aku xrasa wanita Malaysia yg cantik sekarang buat mcm ni kat laki kan? kecian la kat kami, kami xkawen lg, tunggu la kami kumpul duit kawen dulu, bila kita da kawen, semua interest kami bg pada u olls,..hoho..

Yeaaahuuwwww,!!! haha,..

p/s: pd Lelaki maskulin, cari lah awek pelayan di kedai mkn, senang dpt mkn fre,..keh3,..

Traffic Yang Tinggi Bukan Ukuran Dalam ber'blogging'!

Salam,.
ekcelli aku memang da lama pendam perasaan pada blog aku nie, yela tempat ni jer aku boleh luah perasaan dendam aku pada blog aku ni untuk korang semua, yela kan aku berblog sekadar suka-suka, xnak buang masa kosong aku dgn duk termenung tepi koridor sambil gosok perut kucing yg mau beranak 10 ekor tuh!

OK, di sini aku nak ckp ckit pasal TRAFFIC, korang suka ek traffic korang tinggi mcm da gud-gud lebih tinggi dari KLCC tuh? yer memang aku jamin semua kalangan kita sebagai blogger berebut traffic yg gempak baru terkenal kn, tp aku rasa tuh perkara yg seterusnya la, bg aku traffic yg rendah pun da kira gempak sebab ada jgk yg masuk skodeng, tp ni semua bukan ukuran korang tau.


First, Aku memang xpuas hati kalau entry aku xmemberi kepuasan kepada pengunjung, that's mean aku nak blog kita memberi kepuasan yg sama rata pada tuan punya blog dgn pengunjung sejati. Tersiratnya, entry korang mesti kener berisi cantik la. tp segala-galanya mestilah dari ilham korang sendiri. Bg aku, Aku xkan puah hati kalau entry tuh aku xreka sendiri wlaupon entry tuh tipu berlogik,haha.. janji aku puas hati untuk kongsi dengan korang semua. Pasal traffic, korang xpyh sgt la nk kejar-kejar sgt, sebab kalau entry korang da berisi cantik mmg automatik tiap2 hari ader jer traffic masuk. Ingat, blogger yg berjaya bukan dari traffic yg tinggi tp dtg dari entry yg pandai men'tackle' pengunjung. so, renung2kanlah.
Guna Minda sebetul-betul nya..


P/S: jd lah blogger yg ikhlas menyampaikan maklumat serta perkongsian crita yg sejajar dgn wawasan 2020!

Monday, November 28, 2011

Atok aku marah kau MALAYSIA!

Salam,

Ape ke hal la kau alih TV1? Eh bola la,..Malaysia vs Bahrain tuu,,..aku pown br tau ari ni Harimau Malaya maen lawan-lawan dgn budak2 nakal bahrain. Aku bersama Atok aku yg memang hantu bola nie memang still je kt depan TV, walaupon kaki kami ni kaki bangku bkn kaki cristiano ronaldo! lantak la kn.



First half..
Memang cun la wei main,..punya hantaran demi hantaran sungguh menguja nafsu aku untuk turut ke bukit jalil! atok pown da naik semangat, yg slow-slow pown blh kembali bertenaga mcm muda-muda dulu taw! gampang kau atok,..hehehe,.. tibe je si budak pendek NAZMI tuh rembat sekali masuk goal. atok aku lagi la kuat bersorak,..sambil mengaummmmmm mcm harimau lapar darah anak dara je kn! sambil merangkak keanak-anakan(ni hanya cucu dier jer berani tokok tambah!).hahaha.

Second half!..
Agak kureng ckit controlling bola untuk anak Harimau kiter,. tp tup tup tup,..si the rock(mahali) sumbak goal dari hasil penjaga goal yg suker main bola di tepian pantai sambil lepas2..gurau-gurau katanyer. GOALLLL,...lg la tersengih atok aku dgn xder gigi! buruk bebenar!hehehe,.. tiber-tiber, si mamat ape ntah lipat tikar plak depan goal! sekali goal.. blh di terima, sekali dua kali tiga kali masuk goal dlm masa seminit dua minit,..bukan dia la ni.. memang xblh terima!2-0 jd 2-3! skali atok aku terus alih channel!

2-3
xleh trimer!

atok aku da bengang mlm nie! kopi pun da di campak jer dlm sink! aku xtau! tu la,..len kali jgn maen-maen bila da lead, kan atok aku da marah dekat korang semua! ko jawab la 6ti kalau atok aku komen kt page korang!

p/s: xper, atok aku bg chance suh menang game seterusnya.hehehe. janji xbuat lg ek?

Sunday, November 27, 2011

Kenapa blogger perempuan lebih femes dari blogger laki?

Salam,

Aku tgk dari hari ke hari hari kan, makin ramai blogger perempuan jd top model dalam dunia blogging, lebih femes dari blogger laki? kenapa jadi cm tu? apa ramuan dia,? aku rs biasa dan sama jer blogger lelaki ngan perempuan kn? cumer berlainan isi penyampaian jer. tp arus penyampaian tetap sama. Bukan tak ada blogger laki yg femes mcm ben ashaari contohnyer tp possibility memang susut giler.
ini memang fakta bkn gurau-gurau!


Apa yg aku dpt pasti dgn mata kasar xlaen xbukan mesti terletak pada blogger contohnyer rupa paras,.. yela bnyak blogger perempuan yg maju dan femes gtu memang ada rupa yg cntik,.. memang da ramai wanita kan skunk,..sbb tuh dorang da conquer dunia blogging nie. jd, aku xheran la kan,..contoh nyer hanis zalikha, aku suker dia sbb dia lawa,..aku rasa ramai tanggapan blogger laki ckp cm ni kn,..(xnak link kan nama dia pada blog, takut lg femes)!!!, apa-apa pun,.. bersabar la wahai blogger laki,..lelaki nie hero,.. main cucuk angin belakang jer,..tp bila da femes jgn lupa daratan plak,..berpijak pada bumi yg nyata.

Apa-apa pun sama2 majukan dunia blogger dgn aman


p/s: aku xnak femes tp aku nak org ske aku,..2 pun da ckup,..hehehe..

Friday, November 25, 2011

Hujan,..Hujan,..dan Hujan,..


Salam,..

Hari yang mulia nie, aku nk kongsi ckit aktiviti yang di jalankan oleh aku pd hari sebelum nie,.. yela aktiviti budak2 sekolah yang riang tanpa ada perasaan nk rehat tp kalau bab belajar ada plak rehatnya,.hehe.. wey kawan-kawan, semalam kan aku pi memukat ikan ler,..bez taw,..sbb aku dpt bnyak ikan,..walau pun kecik tp kire ok la ikan darat punya pasal kn. blh la goreng-goreng di kala musim tengkujuh nih,.. nk tgk x braper bnyak? korang kire la,...esok ada aktiviti lg,..hehe,.

Kalau korang tau, ape nama scientific ikan ni?
jawab3...

Alangkah bez nyer dpt mkn ubi kayu rebus time sejuk2 nih,..

Friday, November 18, 2011

Jangan Pandang pada Pandangan Pertama!

Salam,

Aku memang xpuas hati r kalau ada orang pandang aku bermuka-muka tanpa perasaan plak tuh, Aku xkesah pun nk tgk tp lebih kurang bg la senyuman yang manis dan nyaman, aku nak mkn nasik pun selera tahap xmkn 10 hari! Agak apa korang rasa bila ada orang pandang bodo jer korang? mcm nak marah je kan. (sbb terpaksa control macho habes power).

Kalau mata lawa xpe kot..
Ada yang satu kes pulak, bila kita buat xlayan si pemandang ni mula ada kata-kata yang xmanis kat belakang kata kita sombong la, kata kita bajet macho la sbb xlayan sedangkan kita tak di sapa mengikut akta tertib yang betul mcm mana nak respon kn. Jd kalau nak dilayan tegur la sebaik-baiknya baru la blh pandang tanpa keizinan. Ni baru pandang pertama da kata sombong la itula, contohnya, perlawanan bola sepak awal pembukaan Malaysia vs Singapura, baru pertama kali tengok game pemanasan dgn seri kedua pasukan, media da mula kata  malaysia da tipis game seterusnya, tp cuba tgk pada pada pandangan game kedua,ketiga,keempat? semua nyer pandangan MANIS ok! hehe..

p/s: lepas ni tgk la pada pandangan sudut hati plak mana tau terus melekat ke,..hehehe,..

Gian hampir ke garisan!

Pewitt,..salam u olsss,..

    Uargghhhh,...sungguh nyaman udara di pagi hari ni yep, xsangka cuaca pg ni agak baek dan tiada setitik pun air hujan,ada baek untuk diriku melaksanakan tugas-tugas yang masih terbengkalai,.. Tp kan yang aku musykil pg2 buta ni aku da gian semacam jer. xtau knaper...haha,.yela da lama xdapat kot.(please baca dgn sopan dont baca by its cover).

     Pagi-pagi aku da terskodeng batang terpacak kat ctu, alamakkkkk,..lagi la gian aku, knapa ruang nafsuku di uji begini pada pagi yang nyaman ini. huhu,.. tp aku terpaksa tahan dahulu segala kehendak ku itu, bkn sbb dosa tetapi sbb musim xelok. Sekarang kan da musim tengkujuh, ikan pun jarang nak meragut umpan. Kalu setakat paya tepi umah blh la kan,.. kalu kat sungai blh la rasa tarikan ikan saiz bagak-bagak. tp segalanya terhalang. Jd, tersadaila batang joran aku kat tepi locker tuh, tunggu masa ja nih. sadey hatiku meratap hiba!
study3! huhuhu,...

ps: Harap-harap my lecterur buat trip memancing lepas musim tengkujuh 6ti,.hehhe,..

Thursday, November 17, 2011

Bakal Emak dan Abah INGATLAH!

Salam da all readers and bloggers,

Today i will talk about a paramater that giving affects to our generations. phoooom phoooomm,...hahaha,.. speaking kau hari-hari mendung ni kn. Mai aku translate balik, pokok pangkalnya aku nak citer ckit pasal pengantin atau pasangan yang bakal bergelar EMAK dan ABAH..(ikut suker korang la nak letak nama panggilan apa okay!). Lgpun aku masih single n bujang lg.

Sebelom tuh ucapan tahniah aku gunung kan pada EMAK dan ABAH sekalian yer sbb dapat kurnianan-NYA yg agak besar tanggungjawab kalian. tp yang merungsing keadaan, jgn la anda bersifat serta memberi contoh teladan yang tidak elok pada mereka nanti, kelak nanti keluarga anda binasa. Setiap gerak geri anda di perhatikan oleh visual LCD anak-anak anda ciap di record lg taw, INGAT! dan jgn la jd cm ni,...

Da terlebih otai dari bapak2 dan ibu2...

Moral: dont make mad ur future birth although a drop of water, coz they will make u mad back coming soon.

~peace~

Sediakan payung sebelum dan selepas hujan!

salam to u olsss,..

Hujan semakin menjadi la semenjak dua menjak ni, suker sgt2 u olss,...(ni bg orang yang duduk gembira kat umah la kan, yang bercuti senang lenang kat mana-mana tempat), tp aku x pun, hanya mampu tersenyum saja ketika ini. Sbb aku xberada di tempat orang bercuti!!huh!

Ada model yang sexy lg u!
       Apakan daya, hujan adalah satu rahmat dari-NYA,.. jadi kalau korang nak tau gunakanlah kesempatan untuk memohon di kala hujan mula turun sebab ini waktu yang blh dikatakan doa korang di terima la kalau kene ngan kesungguhan korang. Ni cikgu bahasa melayu aku dulu yang cakap tau.

        Jd, dalam kesibukan aku duk belajar nie, segala halangan untuk sampai ke Medan Kuliah agak menjadi-jadi dgn percikan air hujan keseluruh body ramping ku yang agak hot! Aku xnak da kena tangkap basah free-free dlm hujan. Mulai hari nie aku nak beli payung besar agak-agak blh muat satu course! haha,..

Main kasar nampak!
~End~

Wednesday, November 16, 2011

Nescafe vs tea o panas vs maggi!!

Selamat bertemu kembali kita pada hari ini,hehe..

wooowww,...sungguh sejuk keadaan di London sekarang kn?haha.. Selimut tebal busyuk2 cuba di tarik rapi ke paras kepala untuk memerangkap segala haba yang masih saki baki, Sambil terduduk di tepi balkoni yang kian kebasahan terkena salji menghujan yang menderu2 menikam setiap zarah tempat...

haaa...sebenarnya aku tipu jer, aku kat malaysia lagi la, masih dalam mimpi ke London, apa kan daya duit tabung masih tak mencukupi hanya sparuh minyak  aeroplane je mampu bayar..hehehe... berbalik pada cita sebenar, ketika dalam kesejukkan menunggu saja usia ini berubah panjang perut mula terasa lapar, apakan tidak, cikgu sains aku dulu kater xcilap cikgu rogayah gincu merah tebal kot, masih segar di ingatan mengatakan time sejuk ni la metabolism kita makin kuat bekerja untuk menghasilkan haba dan bnyak energy from our body to be used in this process,..woww,..sains dpt A...that why kiter selalu lapar je time hujan kn,.

Dgn kaki kelemahan cuba meluncur ke locker untuk mencari makanan terkumpul, OH MAGGI! hanya ada satu bungkus saja, kira ok la untuk melantak dlm kesyahduan hujan nih,..tp memang slrrrpppp giler r mak nyaaahhh mkn maggi panas di kala sejuk.hehe,..serius taw, cuba r kalu nk rs slrrrppp tersebut, tiber2 tekak ku meminta air untuk membasuh setiap genap perutku, Ku hanya ada nescafe 3 in 1. ku bancuh dgn lafaz bismillah mudah-mudahan berkat bg ku untuk study lepas ni,..hahaha,.

moral value di sini: hargai lah maggi dan nescafe 3 in 1. kerna ketika terdesak la dorg membantu kita.hehe,.. tp selepas 2 kan aku terambik plak tea uncang kat locker member aku time dia tido, kira halal la eh! bes nyer cicah ngan biskut HUP SENG! kui3~~

Tuesday, November 15, 2011

Dapat habuan maen GAME

AsSalamualaikum,dan salam sejahtera to all my friends,

Hari ni dan pada tahun ni pertama kali aku dapat habuan dalam permaianan game, mesti korang nak tau kn3?
sebelum tuh aku suka sgt-sgt mlm ni, sbb aku sorang jer yang dapat hadiah habuan tersebut, dalam ramai kawan-kawan aku yang join aku sorang je yang dapat, hampeh kn dorang semua! game senang cm tuh pown xblh nak perform.

Yela, lepas dapat habuan tuh aku raser aku terus nak bersara, bg pada budak2 laen plak merasakan,.. tp di sini aku amat-amat xminat ngan habuan tersebut, bukan berlagak bukan merendah diri tp sbb habuan tuh berupakan MUNTAH ke lantai! huh! hahahah!pertama kali aku maen game COUNTER STRIKE teraser pening nak muntah! celaka tol la game tersebut, sumpah seminggu xnak maen da! uwwweeekkk!!!! sekian!



p/s: mujur maen blog xpening,..hehe,..orang mengandung nak kuar baby loya cm aku rasa ker? haha,..

Friday, November 11, 2011

Faedah Berganda Bangun Awal Pagi


ZZZZZzz,...............selagi alarm tak bunyi selagi tu la tido,...zzzzzzzzz......
tido lagi,....zzzzzzzz,....... Tiba-tiba=>KU KUNCI RINDU BUATMU KU RELA HIDUP BERSAMAAAA(Lagu tema alarm subuh),..belum sempat habes chorus da bangun segar, kadang2 layan dulu sampai chorus kedua baru bangun kalu bernasib baek la,..huhu,..

Terus kebilik air dengan hati yang girang sebab ari ni dapat bangun paling awal dalam tahun 2011.haha..
selepAs solat subuh mula la blog menjadi teman di kala kesejukkan hawa pagi.Oh syok nyer berblog.
tp sebenarnya bukan blog aku nak citer tapi pasai faedahnyer dan kejadahnya bangun awal pagi amat berbaloi. anatara nya yang menjadi sandaran ku..

1) dapat mandi banyak baldi air walaupun sejuk nak tunjuk pada jiran yang kita da bangun dengan bunyi air.
2) dapat nyanyi  lagu kanak-kanak riang tadika 'air pasang pagi surut pukul 5'..
3) dapat melukis seni pada badan2 sahabat yang masih bermimpi dgn FARAH LIYANA.haha..
4) dapat berlari di ruang tamu sambil buat bising..
5) dapat makan banyak2 makanan dalam peti, sbb xder orang yang tau, hanya cctv je tau.
6) dapat jalan2 depan umah JKKK/Tok penghulu sambil take a nice posing pic depan pintu pagar.
7) dapat pi taman permainan kanak2 main buaian kalu da siang kemaluan da besar,.haha..
8) dapat ganggu janda orang yang bawa kuih muih pagi2,
9) dapat sambung dengar lagu alarm td sambil melelapkan mata balik....

abes,..hahahaha,...bnyak faedahnya yang menjadi kejadah.
peace,..

segmen santai blogger

Assalamualaikum, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjuran, kerana telah membuka hati ku ini untuk menghadirkan diri ke pesta segmen ini,..hahha,..segmen ni adalah segmen santai blogger, untuk butiran lanjut sila la klik.


Ha tu dia banner santai blogger yang duk makan kacang butir kot,..haha,.
aku just mencuba je,..

 refer to that segmen,..

kerana aku suka pada nama jiwakamikaze tuh,..selain itu,..setiap orang atau blogger nie memang di cipta mempunyai jiwa masing2 kan, dan setiap jiwa tuh la mengawal setiap perasaan para2 blogger sekalian,
dan kamikaze melambangkan keberanian untuk menempuh segala cabaran, jd aku gabungkan jd la jiwakamikaze=seorrang blogger yang berjiwa sentimental dan berani dalam apa cara jua,..
hahahahaahahha,...

bnyak lg perenggan nk buat,..tp cukup setakat ini..

aku nk tag:

Thursday, November 3, 2011

Kerana Awek Korea Tenagaku Tergadai

Uishh..tajuk pun da ganas da tuh,..tp memang betol pun. Kejadian ni baru je berlaku beberapa hari, baru semalam kot.huhuhu...ni semua gara-gara awek korea sorang nie. Memandang aku masih pelajar, aku tidak patut bg muka kat dia nie. 

sekali pandang wajah dia pun aku da terkulai layu,..sekali dia jeling pun da rebah ke lantai aku, skali dia senyum terus korek tabung syiling ajak kawen,..hahahahaha,..ni semua sbb sorang awek korea nie,.. nak jd kan citer selepas aku study jer malam2 dier selalu la jgk lepak ngan aku kat asrama lelaki nie,..aku  biasa je kn layan dier nie,..bg aku dia nie kuit r n comel sangat2,..hahaha,apa orang nak kata aku aku simpan je lam hati demi awek korea nie,..huhu,..

tp sbb kau la tenagaku telah tidak bermaya lagi hari nie,..terpaksa layan kau tiap2 malam,..tp aku suka kat kau,..aku sanggup hadapi nya,..huhu..yela mana tak nya tiap2 mlm aku terpaksa layan citer lakonan kau dalam korean drama Secret Garden sbb nk tgk muka kau. da la sampai pkul 3 4 pg br habes layan,.. bgn pg ni aku da bnyak ponteng kuliah sbb ngantok! hahahaha,..tp sbb kau kim sa rang aku sanggup redahi ape liku-liku,.kuang3,...abes da,...

ha ni r awek yg aku ckp tuh,..cantik kn3,...hahaha..

p/s: jgn ponteng kuliah kerana seorang awek!

Wednesday, November 2, 2011

KUASA EMAS di tangan kita!

Emas adalah logam yang menjadi simbol kepada kekuasaan,kemewahan dan kebebasan si pemilik logam tersebut. Kerana Emas ini terlalu susah di dapati walhal ia menjadi terlalu berharga di muka dunia, dan susut harga emas juga semakin hari semakin melambung tinggi.

kita di sarankan untuk menyimpan emas fizikal bermula dari sekarang yang dilabelkan sebagai pelaburan jangka masa panjang di samping menguntungkan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia goyah. Jadi kekangan kakitangan serta pemilik baru yang ingin memiliki emas menjadi terlalu susah ekoran harga emas sentiasa naik dari hari ke hari, di lihat 5 tahun lalu pada tahun 2005 harga emas ketika itu hanya sekadar RM62/gram tapi sekarang harga tersebut (september 2011) telah mencapai RM215/gram hampir 3 kali ganda lebih.

Emas di jangka akan meningkat dan sentiasa meningkat dari hari ke hari. Jadi marilah kita cuba mengubah hobi kita yang mengumpul stem kepada mengumpul emas fizikal yang lebih berbaloi-baloi,..

:)

perlu ke study malam?



STUDY? what the wall!!!!
perlu ke study? sebut je study ramai dalam kalangan pelajar sekalian merungut habis-habisan. Mana tak nya segala jiwa dan raga perlu di gadai pada buku-buku yang agak nipis dan agak tebal. nak-nak lagi yang belajar tinggi-tinggi, nahas jantung tengok buku tebal. trauma tahap mak cik karipap aku!haha,..

tapi kita tetap wajib dan di tuntut belajar sampai ke hembusan nafas terakhir,..dalam pembelajaran ni kenapa kita selalu study malam? kenapa xsiang? petang ke? bg aku la kan, study mlm tak der la best sangat..hehehe.. sebab malam best layan citer korea,..serius r. segala keringat mengantok ilang serta merta. cuba sekali pasti nak lagi. Tu sebenarnya taktik aku jer dalam sesi penghafalan nota teras sains biologi aku,..penat belajar ni lebih mendalam daripada aku joging 10KM petang-petang tau x,..segala emosi fizikal dan mental kita gunakan,..

tapi apa pun study malam dan awal pagi adalah sesuai di kebanyakkan kita sebagai student, kita di ingatkan perancangan awal lebih penting dalam setiap perlakuan,..good luck to u all,..

:)