Friday, October 24, 2014

UDANG gergasi Kuala Selangor

Salam dari gua...
Kali ni gua nk pos pasal trip memancing gua pada hari sabtu lepas. Punya eksaited sampaikan nk bercerita dekat blog ini. Pd 18/10/2014, gua mencemar duli turun beraksi memancing udang Gergasi d KUala Selangor bersama beberapa crew yang lain. Agak dah setahun tak pegang joran ni.

Pd awal pagi kira-kira 7.30pagi gua da terpacak di jeti kuala selangor semangat bak hang!haha.. kami di sana telah menyewa satu bot dengan kadar harga RM80 untuk sehari (12jam). Agak okey la harga tuh.

Awal-awal pagi gua serta crew yang lain dapat ragutan bapak2 dan emak2 udang yang dah sangat matang, sungguh seronok aktiviti pagi ini. Sebelah petang air di jangka surut dan air dari hulu turun dengan laju menyebabkan aktiviti kami terganggu dek sampah sarap. D petang hari udang langsung tidak menjamah umpan kami mungkin faktor air. Udang yang kami harap tp ikan gelama pulak yg datang tapi itu semua adalah rezeki.. trip kami berakhir pada pukul 7ptg. Semoga berjumpa lagi. Bye Kuala Selangor.

Tuesday, February 11, 2014

Apa Punca INSOMNIA?

Sejak kebelakangan ini kepayahan tidur aku semakin menjadi-jadi. Kalau bahasa orang di hospital namanya INSOMNIA. Memang kejam kot penyakit cenggini! Aku rasa bukan aku sorang je kan yang dapat penyakit cenggini mesti adanya geng-geng kat luar sana ada penyakit ni. Mata mengantuk tapi tak dapat lelap cam ner tuh?



Aku tak pastilah beb punca apa. Sebelum tidur da baca tiup bagai-bagai ayat dah tapi tak lelap juga. haha. Tapi serba sedikit aku dapat kesan lah juga punca dari penyakit nih dari dalam badan aku sendiri. antara puncanya adalah sebab mungkin la aku terlebih tidur tak ikut tempoh waktu yang sepatutnya 8 jam. Kadang-kadang kurang beraktiviti petang juga ada puncanya juga sebab kita tak guna tenaga yang masih ada dalam badan kita menyebabkan badan boleh tahan pada malam hari walaupun mata dah mengantuk kn. Sebab dah terajar dan mula tidur lewat itu lah punca yang menyebabkan keesokkan hari tarik masa tido lebih dan malam hari susah nak tidur. Dan ini menyebabkan putaran jam waktu tidur berubah dan menjadi kebiasaan.

Rasanya tuh jelah yang dapat aku tarik dari dalam badan aku sendiri. Tapi apa-apa pun sebelum tido selalulah amalkan bacaan surah '3Qul' dan ayat Kursi mudah-mudahan tidur kita tidak di ganggu dan terganggu. :)

Monday, February 3, 2014

Invitation ke group facebook 'pembantu penguasa kastam w17'

Kastam Di Raja Malaysia


Assalamualaikum w.b.t

Sepertimana sedia maklum pelantikkan pegawai kastam baru bagi jawatan pembantu penguasa kastam ambilan 2014 akan berdaftar pada 17 februari 2014. Jadi, di sini saya ingin memaklumkan kepada mana-mana orang yang berkenaan sila ADD group ini pembantu penguasa kastam w17 bagi memudahkan perbincangan bersama ahli group serta dapat berkongsi serba sedikit pengalaman serta masalah yang di hadapi. Sekian terima kasih.