Saturday, September 22, 2012

Apa Beza Kawan dengan LAWAN?

salam,

Hoi kawan, wassup2? hoi sial kau duk mana ha? erghhh.. itulah kebiasaan beberapa dialog yang di celup pakai muda-mudi sekarang. Sebenarnya inilah dialog peramah mesra di gaul sekali dengan adunan kebahagian insan bergelar KAWAN. haha . Tetapi untuk dapatkan kawan sebenar memang limited zaman sekarang, sebab kebanyakkan kawan berselindung di sebalik topeng syaitoooonnn.. hehe .. rapat ketika kita senang, lari bila kita da lemah,susah dan berbagai2 la. tp bagaimana kata erti LAWAN ?



LAWAN da nyata-nyata macam main 'Counter Strike' beb! haha .. lawan la selagi tak mati semua kan. Dalam spesies LAWAN ni macam-macam ada, kawan makan kawan, kawan minum kawan, kawan tikam kawan, kawan makan dalam, kawan tumbuk kawan dan macam-macam kawan la! bila da sampai tahap ni memang Kawan da jadi LAWAN la beb! kadang-kadang benda macam ni kita tak sangka boleh terjadi tetapi ia tidak mustahil berlaku di persekitaran kita yang penuh dengan kekacauan kebilauan. Jadi pilihlah kawan yang boleh memberi kita ketenangan dan jadilah kita juga senang untuk kawan-kawan di setiap masa. 


Agak-agaklah kan duduk di zaman batu best x? (out of topic)


Saturday, May 26, 2012

betul ke tidak rancangan ni?

Aku da lama perasan rancangan ni. Pada awal-awal memang aku tak perasan sebab rancangan baru lagi kan, taksub di luar batasan la kan,. makin minggu nampak makin laen jer rancangan ni. Tapi aku layan je la,.. sebab aku layan je rancangan sebegini walaupun kadang-kadang benda ni nampak cam bodoh jer,.just untuk release tension setelah penat memerah otak dgn final exam aku bakal muncul. korang tau tak apa rancangan yg aku maksudkan?


SUPER SPONTAN,.. mesti korang tau, femes masa kini, rancangan hiburan keluarga. aku da lama perasan start dari awal hingga malam ni,..aku tengok skala penyingkiran sama jer dari setiap minggu,. penyingkiran bergilir-gilir. bg aku aku itu xlogik,... nampak sangat penyingkiran da di rancang. Tp aku xkesah pon korang nk rancang ke tak,..sbb aku bukan pengundi tegar mcm di luar sana. Janji korang lawak spontan dan buat aku rasa terhibur sudah... yg kecian nyer korang2 yg undi,..hahaha,.. undi,undila juga penyingkiran tetap gilir2,.Yang untung tetap orang penerbit. Tengok last-last final undian individu pulak,..lg la seronok penerbit dapat pulangan keatas populariti individu terbabit,..fikir-fikirkanlah,..

p/s: jagalah amal ibadat kita,..:)

Tuesday, February 7, 2012

Which one is more better NIKON or CANON?

Salam,


Sebut je pasal NIKON dan CANON mesti terus kepada camera Digital SLR(DSLR). Memang aku nak cakap pasal DSLR pun. Hari ni da jd trademark muda-mudi berjalan sambil mengheret DSLR di badan. Agak kejelesan jgk la mataku memandang sbb aku xmampu lagi memakainya. Tapi ini xbermaksud aku xdapat meminang DSLR dari brand ni tau, tunggu masa ja. hehe .. 


Tapi masalahnya mana yg lebih terbaik antara dua brand ni? NIKON atau CANON? masih meragui sebab aku tak mendalami pasal DSLR ni.. tp baru nak mencuba. Ye aku tau ramai orang akan cakap ikut kepentingan penggunaan, ada pulak yg cakap ikut kemampuan, ada yang cakap sama ja dua brand, dan ada yang depend dorang punya DSLR! mentang2 da ada DSLR!haha..ok fine.


Tapi yg tuh kire boleh terima la kn,.ada jugak yg cakap ikut suke ati kaw la!ok..fine..jumper di padang masyar! haha... just kidding. TAPI yg sebenarnya apa yg lebih baik dan mana patut di mulakan dulu for starting? aku just nak tanya pengalaman korang saja. Mana yg lebih mesra pengguna serta kemudahan untuk penggunaan dari segi kualiti, serta barang-barang untuk di dapati..




NIKON vs CANON

P/S: Aku nak beli sebab tuh aku tanya korang...peace yawk,.

Saturday, January 21, 2012

Antara gambar perkahwinan ALLY ISKANDAR dgn FARAH

Salam,

Akhirnya kahwin jgk si ALLY ni dgn farah yep,..tahniah la kt dua org mempelai nih,.. untungla farah dpt ALLY,..huhu,..gadis di luar sana melepas la korang semua,.haha,.. Sebenarnya di sini aku ada beberapa photo perkahwinan sendirian berhad dari seorang kawan aku. so simple but comel! zas,..untungla kawan aku dpt tgk live,.mentang2 la rumah berhampiran,.artis tu....hehhe..ni antara beberapa gambar di sedekah untuk blog aku,..layan..


menunggu si burung merpati,.so elegent dgn pakaian putih..

Senyum je dapat jumper isteri,..


Sama chantek walaupon pakaian dorang simple!


Comel kn farah,..

Berbisik apa tuh?

cute la korang berdua! thumb ups!

selamat pengantin baru!

orang kg sibuk-sibuk kat luar nk tgk artis ni,.haha

kad undangan..
Apa-apa pun di ucapakan tahniah untuk kedua-dua pengantin baru ini. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Janganlah jd mcm artis-artis yang len yep,.. jd seperti orang islam yg sayang pada hubungan. amin3,..