Thursday, May 28, 2015

TRIP JIGGING TANJUNG TUAN, PORT DICKSON

Salam,

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan serta trip jigging di port dickson. Ini first time aku jigging kat lautan luas terbentang nun di sana! Teruja tak terkata haha. Trip ni di operasi pada hari sabtu bersamaan haribulan 23/05/2015 (final bola sepak kelantan vs lions IV) hehe.

JETI Tanjung Biru Port Dickson

Jarak masa kami bertolak ke PD memakan masa hampir satu jam setengah jugak la dari Gombak. Keadaan traffic lancar sebab bertolak awal pagi dalam pukul 6 pagi singgah-singgah di Putrajaya untuk solat subuh sementara mengambil sahabat kami. Akhirnya sampailah kami pada pukul 8 pagi di sana.



Alatan bertarung

Kelengkapan jigging

Setelah sarapan pagi di sekitar jeti, Kami mula bersiap sedia peralatan jigging kami. Dari pemasangan joran hingga pemasangan tali jig supaya jimat masa untuk melakukan aktiviti jigging nanti. Kira-kira pada pukul 8.45 pagi kami mula bergerak dari jeti Tanjung Tuan Port Dickson yang di terajui oleh tekong yang di gelar 'Apek'.

Tiba masanya bertolak ke lubuk!

Destinasi kami hari ini agak jauh memakan masa sejam lebih kira-kira pada pukul 10 pagi lebih jugak lah sampai. Destinasi ni dah sampai di sempadan antarabangsa. Boleh nampak bangunan di negara Indonesia. Port muqaddimah pada pagi ini tidak mendatangkan hasil. Hampir 10 minit dekat sini terus tekong mengubah port yang lain sementara menunggu 'boiling' dari penghuni laut katanya tekong waktunya masih awal untuk ikan boiling di permukaan bergantung pada cuaca jugaklah. Cuaca pada hari ini sangat baik dan mendung.

Port kedua, strike pertama oleh tekong berjaya di naikkan iaitu ikan remong bersai 500 gram. Nampaknya ikan dah mula muncul. Selang beberapa minit joran sahabat kami Rauf di henjut oleh seekor pemangsa melentikkan joran beliau, akhirnya seekor kaci atau mandi abu seberat 2.5kg berjaya mendaratkan. Tersenyum buatnya tatkala menunggu ragutan penghuni laut di sini. Selepas itu itu terus sunyi tiada lagi henjutan. Tekong menukar lagi port yang lain.

Port ke tiga, masih lagi tiada boiling, kami menurunkan umpan jigging jenis Madai untuk mengumpan ikan merah atau ikan dasar. Strike pertama di datangi oleh kekili tekong dari arah belakang bot. Rod beliau melentik bagaikan nak patah. Rupa pemangsa belum lagi muncul pada 3 minit pertama. Akhirnya, 8 minit kemudian seekor jenahak berjaya di tumpaskan kira-kira seberat 3.5kg. Ini first time aku tengok ikan jenahak live di angkat seberat itu. fuyyo. Teruja beb! selang 10 minit. Sahabat kami Shahril di sentap pula oleh penghuni dasar melentur rod di buatnya. Kerapu 2kg berjaya di tumpaskan, boleh tahan besar juga lah. Selepas itu tiada lagi henjutan dari penghuni laut. Kami beralih ke port yang lain.

Port ke empat, ramai pemancing singgah di sini untuk mencuba nasib tetapi kami hanya menunggu seketika sahaja di sini setelah tiada apa-apa hasil dan terus ke port seterusnya. Port ke lima, kami berhenti seketika dengan menurun umpan jig masing-masing. Impan madai aku dah di derma di bawah dasar, sekarang aku menukar jig besi berwarna merah hitam harap ada sentuhan si penghuni. tidak lama kami di situ, akhirnya sahabat kami Shahril di ragut oleh seekor rasaksa laut boleh tahan desingan kekili beliau, sedang seronok tengok tiba giliran aku di sentuh oleh si pemangsa. Kira dah double hook up la ni. Terkejut aku di buatnya. Aku sentap saja harap mengena, Setelah kekili di karau makhluk laut itu masih lagi menggonggol jig aku. Then, di pertengahan jalan joran aku mula kendur. selang beberapa saat joran aku mula lentur balik kali ini cara larian mangsa agak agresif dan dapat rasa saiz yang kali ini lebih besar dari yang first td. desingan kekili mula nyaring sambil tali memacu keluar dengan laju. Tidak lama joran aku mula kendur balik macam da terlepas. Frust juga bila tengok si Shahril masih lagi bergelut untuk mendaratkan ikan belaiu. sedang asyik karau tiba-tiba jig aku di rembat kembali oleh mangsa kali ni ragutan tidak sekuat yang second tadi. Rod mula melentur cantik. Kali ni ia mengena.! Aku karau dengan penuh nikmat sekali. ini lesen pertama aku untuk ikan bersaiz besar dan ikan jigging! akhirnya mangsa menunjukkan diri di permukaan. Seekor talang rupanya, melompat 3 kali di permukaan untuk cubaan meloloskan diri dari jigging. tak akan berjaya beb. haha. hampir 8 minit jugaklah seekor talang seberat 3.6kg berjaya di daratkan bersama seekor aruan tasik seberat 8.9kg di tumpaskan. Teruja beb!. selepas itu tiada lagi henjutan. Menukar port yang lain.

Kerapu 2 kg lebih berjaya di tumpas oleh Shahril

Talang 2kg lebih berjaya di jinakkan oleh aku sendiri! lesen pertama. hehe

Port ke enam, port ikan sagai katanya tekong Apek memerlukan saiz jig 40gm saja.kalau boleh yang luminous. warna silver lagi baik untuk menumpaskan mangsa di sini. duduk beberapa minit joran tekong di sentap oleh seekor penghuni, seekor talang bersaiz sederhana di daratkan dan seekor jemuduk selang beberapa minit selepas itu. Sahabat kami juga telah mendaratkan seekor jemuduk di sini bersaiz sedap makan kira-kira 2kg jugak la.

Port ke tujuh, puas kami menunggu di sini, banyak kali jugaklah besi jig kami tersangkut bangkai kapal di bawah nasib masih mnyebelahi kami untuk menyelamatkan jig kami dengan bantuan tekong. selamat. haha. Susuk beberaoa minit di situ sahabat kami Engku di sentap seekor lagi penghuni. seekor kaci 2.4kg berjaya di daratkan. Tersenyum beliau. haha. hari mula mendung menandakan jam sudah masuk pukul 4 lebih. kami mula menukar haluan ke port GT yang hampir dengan darat.

Port ke lapan, merupakan port GT yang hampir dengan pesisir pantai yang berbatu. Di sini, Rauf berjaya mendaratkan seekor GT juvenil. Walaupoun bersaiz kecil tetapi gaya pertarungan sungguh mengujakan, hanya seekor di sini.

Port ke sembilan, tidak jauh dari port sebelum ni juga hampir dengan pesisr pantai berbatu. Di sini, Tekong Apek berjaya menumpas 7 ekor GT juvenil manakala yang lain hanya menjadi pemerhati tiada sahutan oleh GT melainkan tekong. Mungkin jig yang di guna tekong lebih mengiurkan GT dan ikan last GT juvenil berjaya di sentap oleh abang aku sendiri yang dari pagi kumpau, ubat untuk dia . haha.

Pada pukul 7 ptg kami beransur pulang ke jeti dengan membawa hasil masing-masing. Sungguh memuaskan hati kami semua trip kali ini walaupun trip kali ini tidaklah hari yang gila-gila ikan memakan umpan seperti yang sebelum ini yang hadir dengan boiling! tapi ia masih di kira sukses! Akan ku temu lagi PORT DICKSON! huhu.

Hasil di susun!

Inilah hasil yang di kira biasa-biasa saja
p/s: tangan masih terketar-ketar. hehe

2 comments:

biulj2 aZ said...

assalam...ade x no apek tu..?

Jiwa Kamikaze said...

Ade...0133037841