Thursday, May 28, 2015

TRIP JIGGING TANJUNG TUAN, PORT DICKSON

Salam,

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan serta trip jigging di port dickson. Ini first time aku jigging kat lautan luas terbentang nun di sana! Teruja tak terkata haha. Trip ni di operasi pada hari sabtu bersamaan haribulan 23/05/2015 (final bola sepak kelantan vs lions IV) hehe.

JETI Tanjung Biru Port Dickson

Jarak masa kami bertolak ke PD memakan masa hampir satu jam setengah jugak la dari Gombak. Keadaan traffic lancar sebab bertolak awal pagi dalam pukul 6 pagi singgah-singgah di Putrajaya untuk solat subuh sementara mengambil sahabat kami. Akhirnya sampailah kami pada pukul 8 pagi di sana.

Saturday, May 23, 2015

FINAL PIALA FA 2015 KELANTAN VS LIONS IV

GOMO KELATE GOMO!
GOMO KELATE GOMO!

 Hari ini merupakan hari konvoi bagi kedua-dua pasukan finalist piala FA. Konvoi kian terasa bagi pasukan pantai timur terutamanya iaitu negeri kelantan. Hari ini ramai penyokong dari kelantan berpusu-pusu datang membanjiri di ibu kota dan seterusnya ke Bukit Jalil!

Apa yang menarik banyak gelagat dari penyokong-penyokong ini sendiri. Sepanjang perjalanan highway menuju ke ibu kota mula sesak dengan kehadiran penyokong kelantan untuk memberi sokongan padu kepada negeri kelantan. Sungguh teruja dengan rakyat kelantan walhal aku sendiri orang pantai timur! yeah!

Aku berharap semoga perlawanan malam ini adalah perlawanan yang mengasyikkan dan tidak bosan. Walaupun tidak berkesempatan untuk menonton di stadium bukit jalil di sebabkan aktiviti outdoor aku yang rasa lagi penting terpaksa la batal niat menonton bola di stadium terpaksa lah menonton di kaca tv sahaja. gudluck kelantan gudluck singapore!

GOMO KELATE GOMO! PILIHAN DI HATI. RAMALAN  kelantan menang 3-1 hehe.

Friday, May 22, 2015

'PUTUS CINTA' ?

I LOVE YOU SAYANG!
I MISS YOU SAYANG!

Itu antara ungkapan yang biasa di amalkan oleh para pencinta manusia setiap kali bersua dengan pasangan masing-masing. ketika itu saat bahagia bagaikan di awang-awangan sampaikan tidak rasa kaki berpijak di bumi yang nyata!. haha. kadang-kadang tiada orang yang mampu untuk mendekati orang yang hangat bercinta ini  kerana mereka sedang melalui saat yang manis ketika itu dan di khuatiri akan di maki-maki sekira mengganggu kehidupan seharian mereka.

Pada permulaan cinta berputik mekar sangatlah indah. Setiap pagi kedengaran whatshap masuk ucapan selamat pagi dari pasangan masing-masing sudah cukup untuk membuat diri tersenyum walaupun masih berair liur basi. haha. Itulah dinamakan cinta berbasi! dari hari ke hari masih lagi lagi bahagia dalam meniti kehidupan bercinta antara pasangan.

Tiba saat masa dan hari semakin melewati dalam perhubungan mulalah ada bait-bait yang tidak elok kedengaran. Bermula lah desas-desus cerita yang kurang enak di dengari yang itu curang, yang itu main yang lain, yang itu tidak memberi perhatian, yang ini tidak serius. walhal kenapa ketika dulu semuanya manis-manis? waluapun ada masalah tapi masih di anggap under control. tetapi sekarang tidak boleh di control. Mungkin kepuasan dalam perhubungan sudah mencapai tahap nya. Perasaan bosan sudah mengawal dalam diri masing-masing sesudah lama bercinta. Setelah kenal satu sama lain. sesudah lama berdating.

then, KITA PUTUS!!! itulah ungkapan yang menghangatkan lagi suasana ketika berada dalam situasi masalah. Pasangan mula mencari kesalahan masing-masing. Pasangan mula membicarakan hal masalah kecil sehingga menjadi perkara besar. Then, sekira tidak dapat mengawal emosi masing-masing hubungan mungkin berakhir dan mungkin boleh di selamatkan sekiranya pasangan ada niat untuk memperbaiki.

Setelah putusnya cinta, semuanya telah berakhir. pasangan mula ada rasa ingin berdendam ke atas masalah-masalah kecil yang lampau. sehingga mereka lupa tentang kebaikan yang di kecapi sebelum ini. sekiranya ini terjadi kurangkan lah ego masing-masing. kalau boleh elakkan lah berdendam dan bergaduh even pkara yang besar sekalipun. then, kalau da rasa cannot go just say good bye elok-elok waluapun ada peritnya. setiap perancangan sudah di atur oleh ilahi. cuba redha apa yang terjadi setelah penat berusaha okay. mungkin ini cara tuhan untuk menyedarkan erti kehidupan kepada insan terpilih, pokok pangkal ingatlah cinta manusia hanya sementara tetapi cinta ALLAH kekal abadi. sayang lah manusia kerana ALLAH. inshaALLAH kekal jodoh. jgn mengkhianati sesama kita. ameen. wallahualam.

Tuesday, May 19, 2015

PANDUAN TEMUDUGA SPA

SALAM,

Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku di temuduga oleh pegawai SPA.
Jawatan yang aku dapat ketika itu adalah penolong pegawai perikanan gred G27 bertempat di kuala terengganu bertarikh 2/4/2015. kebiasaan dalam bilik temuduga hanya ada dua panel iaitu dari SPA dan dari jabatan berkenaan dgn jawatan dipohon.

Berbalik pada isi kandung temuduga, pada hari temuduga aku adalah orang pertama di temuduga pada pukul 8 pagi. Selepas selesai pengesahan sijil kat luar bilik baru lah dapat masuk bilik temuduga setelah di panggil. Seperti biasalah panel spa akan mula terlebih dahulu temuduga. Sesi taaruf kenal diri dahulu, PROMOT diri la sikit kn. Then, barulah di soal :
1. Sedang berkhidmat ke sekarang?
2. Macam mana suasana kerja sekarang?
3. Cuba ceriter sikit apa pengalaman kerja awak?
4. Apa visi jabatan awak?  *xberkaitan kot

Soalan panel kedua dari jabatan:

1. Awak minat jawatan ni kan, ape perancangan awak untuk meningkatkan produktiviti dalam
    perikanan?
2. Apa sumbangan yang awak ingin lakukan sekira dapat jawatan ini?
3. Kenapa awak memilih jawatan ini sedangkan result awak sesuai untuk ke arah bidang lain.

Sebenarnya perbualan lebih bnyak santai je. Dorang tanya pun bnyak dari apa yg aku cerita kat dorang. Kadang2 dorang akan cuba provok dengan soalan yang xmasuk akal kadang2 xberkaitan pun just sekadar nak tengok kita bercakap. dalam 20 minit dah selesai di temuduga. haha .
macam tuh la serba sedikit. nak ikutkan perbualan tuh panjang jugak. Tapi dah lupa.

wassalam.