Saturday, July 13, 2013

8 makanan yang memberi tenaga lebihan dan memberi keaktifan

Tenaga merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan harian kita mahupun organisma hidup yang lain. setiap hari kita menghabiskan banyak tenaga kita untuk melakukan apa-apa pekerjaan atau perbuatan samaada secara statik ataupun bergerak. Jadi penyumbang kepada tenaga ini datangnya daripada makanan yang di makan oleh kita sendiri. Pemilihan makanan yang betul perlu di teliti oleh kita, di sini antara makanan yang memberi tenaga lebihan kepada kita.



Buah-buahan/pisang

Pisang adalah buahan yang mengandungi karbohidrat yang ringkas tetapi mempunyai tenaga yang tinggi. Bagi ahli sukan pisang amat penting untuk mengurangkan kelemahan badan atau mengurangkan lesu kerana pisang mengandungi potassium yang menyumbangkan tenaga lebihan. Gula di dalam pisang mudah di serat dan mengalih terus kepada tenaga pakai.

Kurma

Kurma merupakan antara buahan yang tinggi kandungan serat. Sepertimana yang kita tahu kurma mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding pisang. Fungsi serat adalah untuk pembaikan sistem pelawasan. Di samping itu, kurma juga kaya dengan zat besi, potassium dan nutrient lain yang dapat memberi kesimbangan kandungan air di dalam badan yang hilang dan memlihara sistem saraf.

Yogurt

Yogurt merupakan satu produk cecair yang boleh memberi kesegaran serta tenaga kepada kepada kita. Ini kerana yogurt mengandungi nutrient seperti vitamin B-12, calcium yang dapat menukarkan secara terus nutrient kepada tenaga di dalam badan manusia. Sekarang yogurt telah di cipta dengan pelbagai perasa mengikut kesukaan ramai. 

Telur

Telur adalah sumber makanan yang bagus dalam protein, amino acid serta omega-3. Ia juga dapat membantu dalam pembesaran otot-otot tidak hairanlah ahli gym menjadikan telur ini sebagai makan rutin mereka. Selain itu, telur juga dapat memberi kesimbangan cecair di dalam badan manusia, di samping memberi kekuatan kepada sistem immunasi dan minda.

Oatmeals

Oatmeals adalah salah satu sumber tenaga lebihan. Oatmeals mempunyai kandungan karbohidrat yang kompleks. karbohidrat ini dapat membantu dalam mengawal kandungan glukosa dalam darah manusia. Di samping itu, ia juga mempunyai vitamin B yang mampu menjana tahap tenaga tenaga di dalam badan manusia. Kebiasaan oatmeals akan di jadikan makanan sarapan pagi untuk penggemar diet.

Kacang/walnuts

kekacang adalah salah satu sumber protein yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Kekacang ini mengandungi omega-3 yang tinggi. Pemakanan kekacang dapat meningkat tenaga kita seharian walaupun dalam kandungan yang sedikit. selain itu, ia juga mengandungi kalsium yang dapat membina tulang di samping sumber serat yang baik.

Air kelapa

Air kelapa adalah salah satu minuman kurang gula yang amat sedap di samping dapat menghilangkan dahaga lagi-lagi dalan keadaan cuaca panas. Air kelapa amat lah mudah di dapati dan harganya juga amat murah untuk di bandingkan harga dengan air buahan yang lain. Air kelapa mempunyai kandungan major potassium dengan lauric acid. potassium amat penting kerana ia berfungsi untuk meningkatkan kadar nutrien dalam badan dan lauric acid akan meningkatkan kadar metabolisma serta memberi tujahan tenaga kepada manusia.

Coklat hitam

Ramai tidak tahu bahawa coklat hitam memberi tenaga yang cukup berkesan kepada manusia. Kebanyakkan coklat hitam kandungan gula amat rendah. Anda harus tahu membezakan coklat hitam dengan coklat kebiasaan yang selalu korang makan tu seperti cadboury or apa-apa jenama lain. Coklat hitam kandungan caffein amat tinggi yang dapat membantu dalam kelancaran metabolisma. Coklat hitam ini juga merupakan anti-oksida untuk kesihatan jantung, di samping melancarkan peredaran darah serta meningkatan kadar konsentrasi diri anda. tetapi harus di ingat coklat ini lebih terasa pahit daripada coklat tenusu yang lain..hee.



1 comment:

Anonymous said...

good info....