TIPS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Assalamualaikum,
Tahniah kepada calon-calon yang
lulus untuk di temuduga. Dan untuk yang tidak lulus ke peringkat ujian lisan
jangan kecewa teruskan berusaha dan berdoa serta tawakkal lagi.
Jadi berbalik pada ujian
temuduga, memandangkan pengambilan calon dalam sektor kerajaan ini amat terhad. Jadi di
ucap tahniah lagi sekali sebab uols dah sampai di peringkat ujian ni. Okey ape
perasaan uols bila dapat surat untuk ujian lisan atau interview ni? Teruja kan.
Haha. Rileks. Jangan terujer lagi sebab
suasana interview lain. Sangat pressure, lagi nak dekat tarikh interview lagi
cuak. Takde darah kot. Ni pengalaman. Tapi, inshaALLAH dengan persediaan yang
rapi takde la cuak atau gemuruh tuh. Then, berserah rezeki pada ALLAH S.W.T
okey.
Okey, boleh kita mula kan? Okey,
bismillahirrohmanirrohim…
Sebelum tu saya perkenalkan diri
saya dulu oke. Saya ABAM ROY, panggilan manja Roy. Haha. Promote nama
alang-alang. Roy mula dengan pengalaman roy masa ujian lisan dulu. Dulu roy ada
dapat banyak tawaran dalam jawatan kerajaan ni, dari bidang kesihatan ada,
bidang pertanian ada, last2 dapat dalam bidang kewangan. Walaupun course Roy
belajar dulu dalam bidang pertanian. Rezeki kita tak leh nak menjangkakan betul
tak? Sebelum dapat jawatan dalam bidang kewangan tuh. Dah banyak Roy fail dalam
interview. Kecewa tuh memang kecewa sebab berharap sangat dapat kan. Sebab minda
dah di asuh kerja kerajaan ni menjamin masa depan. Betul ke? Tanyalah diri
sendiri. Hehe.
Then, bermulalah perjalanan ROY
untuk interview dalam satu jawatan ni sesi pagi dengan kemeja putih
belang-belang berseluar slack hitam dan kasut hitam kilat jangan lupa pakai tie
kemas-kemas. Haha. Roy check fail terlebih dahulu dekat kaunter pendaftaran
calon. Okey antara benda yang uols kena bawa dan wajib ada dengan uols adalah:
1. Ic
2. Surat
beranak
3. Sijil-sijil
serta dokumen masa belajar dulu (refer senarai surat interview)
4. Salinan
fotostat dokumen yang dia minta kat dalam surat interview
Pastikan uols siapkan semua benda
ni seminggu awal paling lambat sebab takut last minit korang kalut. Ini pengalaman
Roy. Berpeluh ketiak uolssss. Lalala.
Then, Roy di beri angka giliran
nombor 7 dari 15 orang untuk sesi pagi tuh. First come first serve omputih
cakap. Cuak ya amat time tuh. Sorang keluar senyum, sorang keluar muke rileks. Calon
yang kat luar ni gelisah je. Then tiba giliran Roy, jangan lupa ketuk pintu, bukak
dan bagi salam. Fail jangan lupa sentiasa dekat tangan okey uols. Jangan duduk
selagi dia tak suruh duduk. Dan fail tuh tunggu dia mintak baru bagi. Tips dari
pegawai kat luar ajar Roy masa tu la. Then dia suruh duduk kau duduk
cepat-cepat amik masa untuk tenangkan diri okey jangan stress da. Rileks. Buat macam
uols nak borak nga pakcik makcik kat rumah. Kalau boleh la. Haha.
Then, dua interviewer akan ada dalam
satu bilik tu. Sorang dari jabatan yang uols mintak tu then sorang lagi dari
SPA sendiri. So biasa soalan first yang mereka akan tanya atau suh cakap ialah
memperkenalkan diri uols. Tak perlu speaking aih. Cakap je macam biasa melayu
tulen. Bila dia suruh cakap English baru cakap okey. Then banyak-banyak soalan
yang dia tanya semua pasal diri kita. Preparation as well as. Ni antara
soalan-soalan yang dorang tanya Roy:
1. Perkenal
diri
2. Kenapa
minat jawatan ni?
3. Apa
yang awak boleh sumbangkan dalam jawatan ni?
4. Apa
visi dan misi jabatan ni?
5. Apa
itu GST?(isu semasa)
6. Bila
GST dijalankan?
7. Kalau
awak di posting di mana-mana tempat selain negeri awak boleh? Awak sanggup? (part ni sanggup ajer. haha)
8. Borak
kosong(takde kaitan dengan jawatan pon)
Ni antara soalan yang di tanyalah
sebenarya ada lagi. Nak ikutkan cerita soalan interview ni kita tak boleh nak
dijangkakan sebab mereka juga ada emosi dorang pun sesuka hati je nak tanya
apa. Tapi yang penting kita sebaik yang mungkin okey. InshaALLAH ada rezeki
dapatlah uols jawatan tuh kalau tak dapat cuba di jalan yang lain pulak. Rezeki
itu luas. Chill. Sapa kata kerja kerajaan boleh kaya. Hanya menjamin saja. Tapi
tetap kena bersyukur atas segala rezeki walaupun sebeasar zarah. Huhu.
Okey di sini saja cerita
pengalaman Roy serba sedikit dengan intro dan pengisian harap dapat memberi
gambaran awal situasi sebenar interview dalam sektor kerajaan ni. Hey uols, kalau
Roys buat EBOOK SOALAN BOCOR DAN CARA MENJAWAB DENGAN SLUMBER UOLS nak tak?
Ebook ni boleh membantu uols
menjawab dengan tenang dan teratur bila di beri soalan oleh penemuduga. Just ikut
skrip saja. Ni untuk elakkan uols blur semasa dalam bilik penemuduga nanti. Dengan
membaca ebook ni Roy jamin boleh membantu uols lagi-lagi yang first time di
interview gugup ya amat maklumlah tak tahu corak-corak soalan kan. Sebarang pertanyaan
mengenai ebook atau apa-apa boleh wassap Roy di no ni 013-9924176. Okey. Sila share kalau bermanfaat. ☺
3 comments:
nak tanya kalau tahun ni ada ujian fizikal?
Sekarang jabatan beruniform dah start buat ujian fizikal. Cuma kastam on off.
Post a Comment