Sunday, June 23, 2013

Tips temuduga pembantu penguasa kastam WK19

KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Salam,
Alhamdulillah, aku telah menghadiri satu temuduga bagi jawatan pembantu penguasa kastam gred WK19 walaupun tidak mengetahui lagi keputusannya. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman dan beberapa tips soalan daripada penemuduga yang aku hadiri tempoh hari di Kuala Terengganu pada 22/06/2013.

Tepat jam 9.05pagi aku telah sampai di lokasi temuduga di area kuala terengganu, perasaan pada hari itu sangat gugup dan berdebar-debar tetapi aku tidak memasang harapan 100% pada temuduga kali ini. Jam 10.00pagi merupakan masa sebenar temuduga aku bakal di jalankan. Semasa mendaftar diri kita sewajibnya melengkapkan semua dokumen-dokumen seperti sijil-sijil mengikut susunan yang di kehendaki dan pastikan resume kita betul beserta gambar. Selesai saja mendaftar, aku di beri angka giliran no 7 oleh akak kastam dua orang yang agak comel, ni nombor keramat.. getus hatiku. 

Aku terus duduk di kerusi yang di sediakan menunggu giliran. Semasa itu hanya aku saja lelaki yang lain perempuan memang segan jugak la aku langsung tak bercakap. Akak kastam asyik memerhati saja perilaku serta gaya aku kadang-kadang aku terpaksa control macho..haha.. dan dia memesan kalau boleh SPEAKING lagi elok.. sebab kastam ni akan selalu berjumpa dengan pelancong-pelancong luar negara. perghhh..

Tiba giliran aku rasa cuak tuh ada saja tapi aku pesan kat korang sebenarnya korang tak perlu cuak kalau korang da cukup persediaan dari segi mental dan juga maklumat-maklumat kastam. its gonna be okkay!huu
okay sekarang ikut prosedur yang seharusnya korang taw pasal temuduga gaya pergerakkan,tingkah laku ape semua tuh la,..bla..bla..bla...berbalik pada soalan yang di tanya yang aku ingat semoga korang take note kadang-kadang soalan ni berbeza setiap individu:

1. Cerita pasal latar belakang kita
2. Kenapa pilih jawatan ini?
3. Daripada mana dapat maklumat pasal kastam(sumber)?
4. Di manakah ibu pejabat kastam di raja malaysia?
5. Apa kelebihan yang anda ada?
6. Apa sumbangan anda untuk kastam di raja malaysia? yg ni memang confius ckit bg aku..lalala
7. Apakah visi,misi? yang nih lebih kepada visi.
8. Apakah yang anda boleh sumbang kepada kastam? soalan begini macam2 dia boleh relate contoh  
    mcm nak tingkatan prestasi kastam or etc.
9. Apakah yang dilakukan serta amalan yang di terapkan dalam kastam dalam meningkatkan prestasi kastam?
10. Then, satu situasi yang penemuduga bagi untuk kita speaking, korang kene speaking la,..kadang2 aku 
      terkantoi yg nih..haha..spontan beb.hahaha..bla..bla..bla..

Then, pengalaman lain yang aku alami dalam bilik temuduga adalah aku kene berkawad beb,.korang bersiap sedia la...hahaha...then ada lagi soalan dia tanya berkaitan dengan sijil-sijil penglibatan korang la contoh sukan yang korang telibat dia akan tanya la..so prepared for it. Lastly, aku nak ingatkan kat korang semua wahai sahabat-sahabat yang ingin mencari haluan hidup..u must be a confident person when u talk but must at right limit not over limit..okkay. kalau boleh yakinkan penemuduga kenapa korang perlu di pilih,.tonjol kan diri cikit dan tunjukkan minat korang pada kastam... sebenarnya aku dapat baca itulah yang dorang nak... then, ayat korang pon kadang-kadang kena POYOOOOOOOO...siyesly, tapi mestilah logik ckit beb...akhir kata, selamat bertemuduga kawan-kawan,.be positif and prepared properly for ur target.. tq..

p/s: bnyak lagi kot soalan dia tanya tapi aku lupa..sbb aku la orang yang paling lama di temuduga setakat angka giliran 7..kakakakaka... sama-sama doa semoga kita dapat mengecapi kebahagiaan dalam menentu masa depan ye sahabat..amin.. :)