Sunday, March 19, 2017

TIPS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN






TIPS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN



Assalamualaikum,


Tahniah kepada calon-calon yang lulus untuk di temuduga. Dan untuk yang tidak lulus ke peringkat ujian lisan jangan kecewa teruskan berusaha dan berdoa serta tawakkal lagi.





 Jadi berbalik pada ujian temuduga, memandangkan pengambilan calon  dalam sektor kerajaan ini amat terhad. Jadi di ucap tahniah lagi sekali sebab uols dah sampai di peringkat ujian ni. Okey ape perasaan uols bila dapat surat untuk ujian lisan atau interview ni? Teruja kan. Haha. Rileks.  Jangan terujer lagi sebab suasana interview lain. Sangat pressure, lagi nak dekat tarikh interview lagi cuak. Takde darah kot. Ni pengalaman. Tapi, inshaALLAH dengan persediaan yang rapi takde la cuak atau gemuruh tuh. Then, berserah rezeki pada ALLAH S.W.T okey.

Friday, August 26, 2016

Kenapa Rezeki Susah nak Dapat

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda payah untuk memperolehi rezeki sehingga anda sendiri rasa kecewa walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara. Tapi rezeki tetap susah nak dapat inikan pula rezeki nak dekat. Situasi macam ni selalu je terkena pada mana-mana orang yang terpilih. Jadi, kita yang bersandar pada agama haruslah yakin dan percaya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Rezeki itu tidak pernah sempit bahkan rezeki itu luas seluas pemandangan kita yang kita sebenarnya tidak nampak di sebabkan hati dan pemikiran kita terlalu tebal memandang dunia sahaja.

Percayalah rezeki itu banyak di sekeliling kita tetapi bagaimana cara kita nak menjemput rezeki itu supaya datang pada kita itu persoalannya. Dengan usaha mencari rezeki sahaja tidak menjamin rezeki itu kita akan perolehi dengan jayanya. Tengoklah di sekeliling kita berapa orang yang berusaha tapi gagal mungkin ada hikmah. Ya betul! Allah tidak menjadikan suatu perkara sia-sia kn. Tapi apa yang kita pelajari dari setiap kejadian yang menimpa pada kegagalan? Tepuk dada tanyalah selera.

Kita terlupa suatu perkara berkaitan hubungan kita. Dengan siapa? Dengan Allah. Siapa yang bagi rezeki pada kita? Manusia? Haiwan? Itu semua makhluk yang di cipta olehNya. Allah s.w.t lah yang memberi rezeki pada kita. Bergantunglah pada Dia. Minta lah apa-apa saja dengan Dia. ALLAH S.w.t akan berasa malu seandainya hambaNya menadah doa merayu meminta doa kepadaNya sambil nangis-nangis pulak. Allah kan Maha Mengasihani. Berdoalah sampai bila pun sesambil berusaha supaya di permudah rezeki dan urusan. Antara cepat atau lambat je rezeki tuh Allah nak bagi. Percayalah! Yakinlah Allah xkeji kawan-kawan.

Antara sebab rezeki kita payah masuk sebab ni lah salah satunya tak jaga hubungan dengan Allah. Harap kita sama-samalah bermuhasabah diri supaya apa yang kita buat tuh sentiasa mengikut pada landasan yang betul dan sentiasa ingat Allah k. Perbaiki mana yang silap. Tuhan Maha Pengampun. Semoga berjaya semua dan di permudahkan.😊☺ kalau rasa bermanfaat silalah share. #tipsrezeki

Thursday, May 28, 2015

TRIP JIGGING TANJUNG TUAN, PORT DICKSON

Salam,

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan serta trip jigging di port dickson. Ini first time aku jigging kat lautan luas terbentang nun di sana! Teruja tak terkata haha. Trip ni di operasi pada hari sabtu bersamaan haribulan 23/05/2015 (final bola sepak kelantan vs lions IV) hehe.

JETI Tanjung Biru Port Dickson

Jarak masa kami bertolak ke PD memakan masa hampir satu jam setengah jugak la dari Gombak. Keadaan traffic lancar sebab bertolak awal pagi dalam pukul 6 pagi singgah-singgah di Putrajaya untuk solat subuh sementara mengambil sahabat kami. Akhirnya sampailah kami pada pukul 8 pagi di sana.

Saturday, May 23, 2015

FINAL PIALA FA 2015 KELANTAN VS LIONS IV

GOMO KELATE GOMO!
GOMO KELATE GOMO!

 Hari ini merupakan hari konvoi bagi kedua-dua pasukan finalist piala FA. Konvoi kian terasa bagi pasukan pantai timur terutamanya iaitu negeri kelantan. Hari ini ramai penyokong dari kelantan berpusu-pusu datang membanjiri di ibu kota dan seterusnya ke Bukit Jalil!

Apa yang menarik banyak gelagat dari penyokong-penyokong ini sendiri. Sepanjang perjalanan highway menuju ke ibu kota mula sesak dengan kehadiran penyokong kelantan untuk memberi sokongan padu kepada negeri kelantan. Sungguh teruja dengan rakyat kelantan walhal aku sendiri orang pantai timur! yeah!

Aku berharap semoga perlawanan malam ini adalah perlawanan yang mengasyikkan dan tidak bosan. Walaupun tidak berkesempatan untuk menonton di stadium bukit jalil di sebabkan aktiviti outdoor aku yang rasa lagi penting terpaksa la batal niat menonton bola di stadium terpaksa lah menonton di kaca tv sahaja. gudluck kelantan gudluck singapore!

GOMO KELATE GOMO! PILIHAN DI HATI. RAMALAN  kelantan menang 3-1 hehe.