Friday, August 26, 2016

Kenapa Rezeki Susah nak Dapat

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda payah untuk memperolehi rezeki sehingga anda sendiri rasa kecewa walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara. Tapi rezeki tetap susah nak dapat inikan pula rezeki nak dekat. Situasi macam ni selalu je terkena pada mana-mana orang yang terpilih. Jadi, kita yang bersandar pada agama haruslah yakin dan percaya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Rezeki itu tidak pernah sempit bahkan rezeki itu luas seluas pemandangan kita yang kita sebenarnya tidak nampak di sebabkan hati dan pemikiran kita terlalu tebal memandang dunia sahaja.

Percayalah rezeki itu banyak di sekeliling kita tetapi bagaimana cara kita nak menjemput rezeki itu supaya datang pada kita itu persoalannya. Dengan usaha mencari rezeki sahaja tidak menjamin rezeki itu kita akan perolehi dengan jayanya. Tengoklah di sekeliling kita berapa orang yang berusaha tapi gagal mungkin ada hikmah. Ya betul! Allah tidak menjadikan suatu perkara sia-sia kn. Tapi apa yang kita pelajari dari setiap kejadian yang menimpa pada kegagalan? Tepuk dada tanyalah selera.

Kita terlupa suatu perkara berkaitan hubungan kita. Dengan siapa? Dengan Allah. Siapa yang bagi rezeki pada kita? Manusia? Haiwan? Itu semua makhluk yang di cipta olehNya. Allah s.w.t lah yang memberi rezeki pada kita. Bergantunglah pada Dia. Minta lah apa-apa saja dengan Dia. ALLAH S.w.t akan berasa malu seandainya hambaNya menadah doa merayu meminta doa kepadaNya sambil nangis-nangis pulak. Allah kan Maha Mengasihani. Berdoalah sampai bila pun sesambil berusaha supaya di permudah rezeki dan urusan. Antara cepat atau lambat je rezeki tuh Allah nak bagi. Percayalah! Yakinlah Allah xkeji kawan-kawan.

Antara sebab rezeki kita payah masuk sebab ni lah salah satunya tak jaga hubungan dengan Allah. Harap kita sama-samalah bermuhasabah diri supaya apa yang kita buat tuh sentiasa mengikut pada landasan yang betul dan sentiasa ingat Allah k. Perbaiki mana yang silap. Tuhan Maha Pengampun. Semoga berjaya semua dan di permudahkan.😊☺ kalau rasa bermanfaat silalah share. #tipsrezeki