Friday, October 24, 2014

UDANG gergasi Kuala Selangor

Salam dari gua...
Kali ni gua nk pos pasal trip memancing gua pada hari sabtu lepas. Punya eksaited sampaikan nk bercerita dekat blog ini. Pd 18/10/2014, gua mencemar duli turun beraksi memancing udang Gergasi d KUala Selangor bersama beberapa crew yang lain. Agak dah setahun tak pegang joran ni.

Pd awal pagi kira-kira 7.30pagi gua da terpacak di jeti kuala selangor semangat bak hang!haha.. kami di sana telah menyewa satu bot dengan kadar harga RM80 untuk sehari (12jam). Agak okey la harga tuh.

Awal-awal pagi gua serta crew yang lain dapat ragutan bapak2 dan emak2 udang yang dah sangat matang, sungguh seronok aktiviti pagi ini. Sebelah petang air di jangka surut dan air dari hulu turun dengan laju menyebabkan aktiviti kami terganggu dek sampah sarap. D petang hari udang langsung tidak menjamah umpan kami mungkin faktor air. Udang yang kami harap tp ikan gelama pulak yg datang tapi itu semua adalah rezeki.. trip kami berakhir pada pukul 7ptg. Semoga berjumpa lagi. Bye Kuala Selangor.