Sunday, May 5, 2013

Keputusan rasmi PRU 13

05 mei 2013~ merupakan satu tarikh keramat untuk semua pengundi keluar membuang undi mereka masing-masing demi negara tercinta. wewit.. Tapi apa yang aku nak cakap kt cni, aku betol-betol teruja la sertai ahli SPR di salah satu pusat mengundi di negeri TERENGGANU. This is my first moment involved in political event. Tugas aku hari ni just jadi pemandu arah para pengundi je, tunjuk jalan yg betul kiri kanan belok or straight. haha..
Banyak juga la peristiwa yang berlaku dalam kawasan mengundi yang melibatkan pakcik dan makcik kat tempat ni. Gelagat mereka pun macam-macam ada, berlari anak, tersepak pintu pagar sekolah, bebel-bebel xtentu pasal, yang datang blur pon ada., haha.. tpi yang aku paling respect at the last minute pintu pagar nak tutup lagi seminit seorang atuk datang meluru masuk ke kawasan mengundi dengan berlari pantas takut xsempat menjalankan tanggungjawab beliau,. he actually achieved his goal to vote .. haha..
Malam pulak, aku duduk je depan tv untuk tunggu keputusan penuh rasmi PRU 13, tak sabar nak tengok graf parti-parti yang menaik atau menurun bagi keseluruhan negeri di MALAYSIA,.. keputusan yang aku taw sekarang Sarawak menang besar. Kelantan rasa nya payah untuk BN menang. Negeri aku Terengganu tau tau macam mana status .. sedang menanti.. tengok tv asyik duk bercakap je.. urmp,.leteyh..sakit otak..huhu...

p/s: td aku dapat bersalam dengan calon kedua parti BN dan PAS DUN KOTA PUTERA..

Tuesday, April 9, 2013

ESEMEN kilang Air Batu

Assalamulaikum,


Alhamdulillah, hari ni aku dapat update semula blog ni setelah sekian lama aku berpaling tadah. Kali ni aku hanya nak update ape yang aku pelajari kt tempat aku belajar. Apa yang aku belajar sewajibnya aku perlu praktikkan kan dekat my hometown. Ini adalah tension bagiku wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian. haha..
Di pendekkan cerita hari ni adalah hari ke-3 aku bercuti kat my sweet home., seperti sedia maklum aku bercuti hanya seminggu je dengan bersyarat. Syarat nya kena siapkan lab report yang agak boleh tahan la 3 subjek sekali hadap dgn ulangkaji for the next test nya lagi dan dengan esemen air batunye lg a.k.a ice manufacturing. Cantik je kan kehidupan cuti aku.? 'tiada makna cuti bagiku'.. Di pendekkan lagi, aku nak ceriter pasal esemen aku tu jer yakni esemen air batu tu ha. ha ha .. Ape yang aku kena buat adalah aku kena pergi merayu ke kilang air batu untuk meng-interview pakcik2 dan mokcik2 kat sana. Memang aku xpernah la buat benda2 alah macam ni. Al-maklum la aku sangat la pemalu. walaweyh. sekali lagi aku adalah penyegan.huarghh.. tengsi!!
Start hari ni, aku mula merancang macam nak pergi menghadap ke kilang air batu tu yang tidaklah jauh dari tempat aku duduk ni dalam firasat aku la kan berdasar alamat kilang tu. Untuk pengetahuan korang, kilang yang aku duk usha ni bukan kilang air batu yang orang duk minum kat kedai2 mamak tu tapi kilang air batu yang berasaskan produk perikanan atau air batu yang para nelayan frozen-kan ikan-ikan dalam bot laut dalam yang besauuu punya bak ang~~ Apa yang aku duk pikir ni aku takut pihak syarikat tu menolak permintaan aku untuk meng-interview dorang, barulah meraba aku nak cari tempat baru. Dugaan betul la esemen kali ni. Dugaan..dugaan.. Apa-apa pun semoga aku dapat merancang dengan jayanya esok hari untuk esemen kali ni. salam sayang uolss~~



p/s: bunyi khabarnya sudah ada member-member aku di tolak syarikat untuk di interview~~ohsemm...

Saturday, September 22, 2012

Apa Beza Kawan dengan LAWAN?

salam,

Hoi kawan, wassup2? hoi sial kau duk mana ha? erghhh.. itulah kebiasaan beberapa dialog yang di celup pakai muda-mudi sekarang. Sebenarnya inilah dialog peramah mesra di gaul sekali dengan adunan kebahagian insan bergelar KAWAN. haha . Tetapi untuk dapatkan kawan sebenar memang limited zaman sekarang, sebab kebanyakkan kawan berselindung di sebalik topeng syaitoooonnn.. hehe .. rapat ketika kita senang, lari bila kita da lemah,susah dan berbagai2 la. tp bagaimana kata erti LAWAN ?



LAWAN da nyata-nyata macam main 'Counter Strike' beb! haha .. lawan la selagi tak mati semua kan. Dalam spesies LAWAN ni macam-macam ada, kawan makan kawan, kawan minum kawan, kawan tikam kawan, kawan makan dalam, kawan tumbuk kawan dan macam-macam kawan la! bila da sampai tahap ni memang Kawan da jadi LAWAN la beb! kadang-kadang benda macam ni kita tak sangka boleh terjadi tetapi ia tidak mustahil berlaku di persekitaran kita yang penuh dengan kekacauan kebilauan. Jadi pilihlah kawan yang boleh memberi kita ketenangan dan jadilah kita juga senang untuk kawan-kawan di setiap masa. 


Agak-agaklah kan duduk di zaman batu best x? (out of topic)


Saturday, May 26, 2012

betul ke tidak rancangan ni?

Aku da lama perasan rancangan ni. Pada awal-awal memang aku tak perasan sebab rancangan baru lagi kan, taksub di luar batasan la kan,. makin minggu nampak makin laen jer rancangan ni. Tapi aku layan je la,.. sebab aku layan je rancangan sebegini walaupun kadang-kadang benda ni nampak cam bodoh jer,.just untuk release tension setelah penat memerah otak dgn final exam aku bakal muncul. korang tau tak apa rancangan yg aku maksudkan?


SUPER SPONTAN,.. mesti korang tau, femes masa kini, rancangan hiburan keluarga. aku da lama perasan start dari awal hingga malam ni,..aku tengok skala penyingkiran sama jer dari setiap minggu,. penyingkiran bergilir-gilir. bg aku aku itu xlogik,... nampak sangat penyingkiran da di rancang. Tp aku xkesah pon korang nk rancang ke tak,..sbb aku bukan pengundi tegar mcm di luar sana. Janji korang lawak spontan dan buat aku rasa terhibur sudah... yg kecian nyer korang2 yg undi,..hahaha,.. undi,undila juga penyingkiran tetap gilir2,.Yang untung tetap orang penerbit. Tengok last-last final undian individu pulak,..lg la seronok penerbit dapat pulangan keatas populariti individu terbabit,..fikir-fikirkanlah,..

p/s: jagalah amal ibadat kita,..:)