KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Salam,
Alhamdulillah, aku telah menghadiri satu temuduga bagi jawatan pembantu penguasa kastam gred WK19 walaupun tidak mengetahui lagi keputusannya. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman dan beberapa tips soalan daripada penemuduga yang aku hadiri tempoh hari di Kuala Terengganu pada 22/06/2013.
Tepat jam 9.05pagi aku telah sampai di lokasi temuduga di area kuala terengganu, perasaan pada hari itu sangat gugup dan berdebar-debar tetapi aku tidak memasang harapan 100% pada temuduga kali ini. Jam 10.00pagi merupakan masa sebenar temuduga aku bakal di jalankan. Semasa mendaftar diri kita sewajibnya melengkapkan semua dokumen-dokumen seperti sijil-sijil mengikut susunan yang di kehendaki dan pastikan resume kita betul beserta gambar. Selesai saja mendaftar, aku di beri angka giliran no 7 oleh akak kastam dua orang yang agak comel, ni nombor keramat.. getus hatiku.
Aku terus duduk di kerusi yang di sediakan menunggu giliran. Semasa itu hanya aku saja lelaki yang lain perempuan memang segan jugak la aku langsung tak bercakap. Akak kastam asyik memerhati saja perilaku serta gaya aku kadang-kadang aku terpaksa control macho..haha.. dan dia memesan kalau boleh SPEAKING lagi elok.. sebab kastam ni akan selalu berjumpa dengan pelancong-pelancong luar negara. perghhh..
Tiba giliran aku rasa cuak tuh ada saja tapi aku pesan kat korang sebenarnya korang tak perlu cuak kalau korang da cukup persediaan dari segi mental dan juga maklumat-maklumat kastam. its gonna be okkay!huu
okay sekarang ikut prosedur yang seharusnya korang taw pasal temuduga gaya pergerakkan,tingkah laku ape semua tuh la,..bla..bla..bla...berbalik pada soalan yang di tanya yang aku ingat semoga korang take note kadang-kadang soalan ni berbeza setiap individu:
1. Cerita pasal latar belakang kita
2. Kenapa pilih jawatan ini?
3. Daripada mana dapat maklumat pasal kastam(sumber)?
4. Di manakah ibu pejabat kastam di raja malaysia?
5. Apa kelebihan yang anda ada?
6. Apa sumbangan anda untuk kastam di raja malaysia? yg ni memang confius ckit bg aku..lalala
7. Apakah visi,misi? yang nih lebih kepada visi.
8. Apakah yang anda boleh sumbang kepada kastam? soalan begini macam2 dia boleh relate contoh
mcm nak tingkatan prestasi kastam or etc.
9. Apakah yang dilakukan serta amalan yang di terapkan dalam kastam dalam meningkatkan prestasi kastam?
10. Then, satu situasi yang penemuduga bagi untuk kita speaking, korang kene speaking la,..kadang2 aku
terkantoi yg nih..haha..spontan beb.hahaha..bla..bla..bla..
Then, pengalaman lain yang aku alami dalam bilik temuduga adalah aku kene berkawad beb,.korang bersiap sedia la...hahaha...then ada lagi soalan dia tanya berkaitan dengan sijil-sijil penglibatan korang la contoh sukan yang korang telibat dia akan tanya la..so prepared for it. Lastly, aku nak ingatkan kat korang semua wahai sahabat-sahabat yang ingin mencari haluan hidup..u must be a confident person when u talk but must at right limit not over limit..okkay. kalau boleh yakinkan penemuduga kenapa korang perlu di pilih,.tonjol kan diri cikit dan tunjukkan minat korang pada kastam... sebenarnya aku dapat baca itulah yang dorang nak... then, ayat korang pon kadang-kadang kena POYOOOOOOOO...siyesly, tapi mestilah logik ckit beb...akhir kata, selamat bertemuduga kawan-kawan,.be positif and prepared properly for ur target.. tq..
p/s: bnyak lagi kot soalan dia tanya tapi aku lupa..sbb aku la orang yang paling lama di temuduga setakat angka giliran 7..kakakakaka... sama-sama doa semoga kita dapat mengecapi kebahagiaan dalam menentu masa depan ye sahabat..amin.. :)
222 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 222 of 222Sama lah...bru dpt panggilan...tgh dilema nk terima atau x
Sama lah...bru dpt panggilan...tgh dilema nk terima atau x
Bole tu mmg bole tp lebih selamat mintak pendapat dari jpa dlu
korang dah dapat email ke atau surat?
belum dapat apa apa lagi
Sy pn dh dpt by email
Assalamualaikum..kalau pembantu penguasa kastam ni ada ujian fizikal tak? Maksud saya yang ujian seperti ukuran tinggi, berat badan dan ujian penglihatan?
Interview untuk kastam nie...pegawai spa atau pegawai kastam ea akan temuduga calon?...mohon penjelasan..
Dua dua akan interview kite.
Salam n pg uols nk tnye sy iv 3/4/17 n result calon smpnan 88 drpd 100 org..jd nk tnye apakah peluang untuk lantikan tetap tu ada memandangkan sy calon ke-88 dr 100 org..huhu
inshaALLAH noor wawa ada peluang tuh. tunggu masa jela. doa-doakan semoga ada rezeki tuh. huhu
Sy pun dpt calon simpanan juga 200 drpd 500 calon. Iv 10/4/17 aritu.
inshaALLAH ade rezeki tuh.
Assalam, boleh sy tahu bila kemasukan kursus wk19 seterusnya? Sy iv bln 4/2017 itu hari. Check spa lantikan tetap katanya.
Sy nk tye admin..kastam ade ujian fizikal tggi dgn berat bdn bmi?
Betol ke kastam xde ujian fizikal?sb ada dlu..
hi jiwa kamikaze boleh bg no wasap.. bnyk bnda saya mau tnya.. iv saya 13sep ni.. tq.
no saya 0178979819
Saya baru je lepas ujian fizikal dan kecergasan pd 13/9/19 bagi gred WK19..aalhamdulillah semua ujian lepas. Tgh tunggu spa panggil iv lisan atau ujian psikometrik. Sy x sure yg mana satu. Mohon doakan Sy ye😂😂
Maaf semua tak sempat balas pertanyaan dan komen.
Sekarang semua jabatan unit beruniform memang melalui tapisan ujian fizikal dan pemeriksaan badan. Melainkan kastam ada yang on off. Pada 2021 untuk jawatan Penguasa Kastam gred WK41 takde ujian fizikal tapi untuk Pembantu Penguasa Kastam gred WK19 ada ujian fizikal. Dan sekarang semua jawatan dari gred 19-41 dah ada ujian peperiksaan terlebih dahulu. Untuk ujian peperiksaan boleh juga ditukar soalan psikometrik. Sekiranya lulus ujian peperiksaan/psikometrik baru di kenakan ujian fizikal untuk unit beruniform. LULUS ujian fizikal baru sampai tarikh untuk interview lisan pulak.
Jadi buat yang terbaik untuk semua calon. Buat persediaan rapi sebelum menghadiri ujian temuduga.
Alhamdulillah dah cukup 6 tahun berkhidmat di jkdm. t. kasih tuan blogger bagi tips. di sini jugak permulaan batch siri 1/2016 berkenalan dan buat group wasap sebelum berkursus asas bersama. hehe. paling best, dpt bertugas bersama tuan blogger, rasa kecik je dunia nih.
Post a Comment