Tuesday, August 16, 2011

mencari malam LAILATUL QADAR pada 10 mlm terakhir Ramadhan

Assalamualaikum para sahabat sekalian, tutup bukak tutup bukak mata sedar atau tidak da separuh bulan ramadhan da kita hadapi dgn penuh tabah, dgn pelbagai dugaan yg di hadapi kita selama berpuasa kn? tetapi dugaan tu dpt di tangkis dgn iman yg kukuh saje.


skarang bulan ramadhan da hmpir dgn  10 mlm terakhir ramadhan kn? knaper dgn 10 mlm terakhir nie kn? aper kehebatan keistimewaan 10 hari yg di cari ni kn? aper yg tersirat dgn mlm ni kn? 


Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).


ok,sebenarnyer Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.



Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
“Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu bulan ” (Al Qadar : 1-5)
Ertinya menghidupkan Malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ” (HR. Bukhari (4/217) dan Muslim (759))
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ” (Muslim (1174)
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. ” (Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))
Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut.
Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. Bersabda :
“Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah sanad shahih).




 TANDA-TANDA BERLAKU MALAM LAILATUL QADAR:-


1. Udara dan suasana pagi yang tenang



Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
4. Mana-mana hamba yg mengerjakan solat pd mlm itu akan teraser kenikmatan solat, terasa aman,terasa tenang di dalam hati yg tidak pernah dirasai pd mlm-mlm sebelum ini.

jd, sebagai hamba ALLAH s.w.t d bwh pimpinanan Rasululluh s.a.w kita ambil lah peluang ibadat ini,yg hanya dtg skali dlm setahun, dan haruslah ingat ibadat ini mungkin tidak lg kita berjumpa di taun kemudian, muhasabah la diri sendiri sebagai peringatan pada kalian semua,..kutip la sebanyak mungkin pahala sebagai senjata kita di hari pengadilan 6ti,. wallahualam...


No comments: